Saturday 20 October 2012

PENCALONAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR POLITEKNIK (AKEPP) 2012





Program ini bermatlamat untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik serta bergiat aktif dalam kokurikulum..
Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh                       :     30 November  2012 (Jumaat)
Masa Pendaftaran    :     2.30 petang
Tempat                     :     Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam

SENARAI ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN


1. ANUGERAH MENTERI PENGAJIAN TINGGI / EMAS
2. ANUGERAH KETUA PENGARAH JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK- YDP JPP

3. ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK
4. ANUGERAH KECEMERLANGAN KO-KURIKULUM
5. ANUGERAH KEPIMPINAN
6. ANUGERAH OLAHRAGAWAN
7. ANUGERAH OLAHRAGAWATI
8. ANUGERAH KHAS
9. ANUGERAH PELAJAR KELAINAN UPAYA CEMERLANG    ( Nama lain yang lebih sesuai masih dalam pertandingan)

ANUGERAH MENTERI PENGAJIAN TINNGI 

- Anugerah ini merupakan anugerah tertinggi dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar.
- Anugerah ini dikenali sebagai Anugerah Emas di peringkat zon dan Anugerah Menteri Pengajian Tinggi diperingkat keangsaan.
1) Anugerah ini akan diberikan kepada graduan diploma politeknik
 (tamat pada Disember 2011 atau Jun 2012)


Syarat utama calon-calon penerima Anugerah Emas ini ialah ;

1) Merupakan penerima Anugerah Pengarah dalam konvokesyen politeknik masing-masing.
2) Setiap calon mesti mengemukakan sebarang bentuk dokumen sokongan yang disahkan seperti sijil penyertaan untuk menyokong butiran yang nyatakan dalam orang pencalonan. Panel penilai berhak menolak markah calon yang gagal mengemukakan bukti.

Setiap politeknik hanya layak mencalonkan seorang calon diploma sahaja.


ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

- Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.
-Anugerah ini akan diberikan kepada seseorang pelajar iaitu :
1)  Graduan diploma politeknik ( tamat pada Disember 2011 atau Jun 2012)


ANUGERAH KETUA PENGARAH JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK

- Anugerah ini diberikan kepada Yang Dipertua JPP yang menunjukkan sifat kepimpinan yang unggul dan boleh menjadi  idola kepada semua pelajar politeknik.
- Terbuka kepada semua YDP yang merasakan layak untuk mencalonkan diri dan masih belajar di politeknik.
- Anugerah ini dikenali sebagai Anugerah Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar di peringkat zon dan Anugerah Ketua Pengarah Jabatan Politeknik di peringkat kebangsaan.

ANUGERAH KECEMERLANGAN KO-KURIKULUM

-Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang aktif dalam aktiviti sepanjang pengajian di politeknik.
-Terbuka kepada semua pelajar yang merasakan layak untuk mencalonkan diri.
-Anugerah ini akan diberikan kepada seorang pelajar sahaja.

ANUGERAH KEPIMPINAN

- Anugerah ini akan diberikan kepada pelajar yang menunjukkan bakat kepimpinan sepanjang pengajian di politeknik.

-Terbuka kepada semua pelajar yang merasakan layak untuk mencalonkan diri.
- Anugerah ini akan diberikan kepada seorang pelajar sahaja.


ANUGERAH KHAS

-Anugerah ini akan diberikan kepada yang cemerlang dan berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi yang boleh menjadikan contoh kepada rakan sebaya dan dapat mengharumkan nama politeknik di mata masyarakat.

ANUGERAH OLAHRAGAWAN & OLAHRAGAWATI

- Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang sukan yang diceburi dan banyak memberi sumbangan di peringakt politeknik.





Tuesday 28 August 2012

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia





Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

Pelajar tidak perlu membuat permohnan. KADS1M akan disalurkan secara automatik kepada pelajar melalui pihak pentadbiran IPT masing-masing. Caj RM 2.00 akan dikenakan bagi setiap kad yang hilang/gantian. Proses cetakan KADS1M  dilakukan oleh Bank Rakyat dan akan terus diedarkan kepada pihak IPT.




KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas. Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih , tertakhluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian. Pelajar hanya perlu menunjukkan KADS1M  bersama-sama kad pelajar dan kad pengenalan bagi mendapatkan diskaun.

ANTARA SYARIKAT / PIHAK YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PEMBERIAN DISKAUN SETAKAT INI :

  • Buku/ Alat Tulis - MPH Bookstore, Imlaq Book Centre, Borders, Rona, Kiang Trading, Koperasi DBP, Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad dan Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
  • Kelengkapan Sukan/ Peralatan/ Pakaian- Bata , Koperasi Keluarga Dato'Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad dan Texline Lino
  • Klinik Kesihatan / Optmentri / Cermin Mata- Poliklinik An-Nisa', Qualitas Health, Focus Point dan Menara Optometry
  • Makanan dan Minuman- KFC, Daily Fresh, A&W Coffee Berry, The Chicken Rice Shop, Restoran Kenny Crab, Sweet Chat, Legend's Claypot Briyani House, Dubu Dubu Seoul Food, My Java Coffee, Pancake House International, Station One Product , Gloria Jean's Coffees and Bangi Kopitiam
  • Penginapan- Ancasa Hotels & Resorts, Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur, Ancasa Allsuites Resorts & Spa Port Dickson, Jerejak Rainforest Resort Penang, Ancasa Express   Pudu, Tune Hotels Regional Services Sdn.Bhd, Leo Express Hotel, Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad, kopersai Guru-Guru Melayu Kedah Berhad, Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad, Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad dan Rakyat Travel Sdn.Bhd.
  • Salun/Pusat/Produk Kecantikan-  Foot Master, Paris Hill, Proactiv, Clara dan Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad
  • Produk IT- Koperasi Celcom Berhad, Koperasi DBKL Berhad dan IFamily
  • Lain-Lain- BKZ Bikers, Rollers Stars Arena, Double Site, Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad, Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad dan Mydin
  • Untuk mengetahui kadar diakaun yang diberikan oleh syarikat terlibat , sila rujuk di  sini




CIRI-CIRI

KONSEP


Merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang industri yang berorientasikan perkhidmatan.

Berkonsepkan boutique (differentiation that brings specialization in the creation of new courses and programmes)

Responsif kepada keperluan industri dan program boleh berubah mengikut keperluan semasa.

CIRI-CIRI POLITEKNIK

Kemasukkan fleksibel yang diuruskan secara autonomi tanpa melalui pengambilan pelajar secara berpusat.


CIRI-CIRI PROGRAM


  • Mempunyai nilai pasaran yang tinggi
  • Cenderung kepada bidang pekerjaan yang menggunakan hemisfera otak kanan (right brain)
  • Mematuhi kompetensi professional / industri melalui persijilan/ pengijazahan
  • Mendapat akreditasi MQA
  • Penyampaian program yang fleksibel mengikut kemampuan pelajar


PROGRAM PENGAJIAN



Politeknik METrOProgram PengajianSesi Ambilan Bermula
Disember
2010
Jun
2011
Disember
2011
Kuala LumpurDiploma In Retail Management  
Diploma in Hotel & Catering Management
  
KuantanDiploma in Foodservice (Halal Practice)  
Diploma in Tourism & Hospitality  
Johor BahruDiploma in Islamic Banking & Finance  
Diploma in Logistic & Supply Chain Management  

PENGENALAN POLITEKNIK METRO


Politeknik METrO* merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah ( local and regional sosio-economic needs) dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang semakin meningkat , sama ada pada peringkat industri kecil dan sederhana (IKS) mahupun syarikat multi-nasional.


Politeknik METrO, Kuantan



Penubuhan Politeknik METrO adalah seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill  dan re-sklilling. Pembelajaran di Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Online Virtual and Distance  Learning (OVDL) dalam kerangka e-learning. Kebanyakkan tenaga pengajarnya adalah mereka yang mempunyai pengalaman industri.