Tuesday 28 August 2012

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia





Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

Pelajar tidak perlu membuat permohnan. KADS1M akan disalurkan secara automatik kepada pelajar melalui pihak pentadbiran IPT masing-masing. Caj RM 2.00 akan dikenakan bagi setiap kad yang hilang/gantian. Proses cetakan KADS1M  dilakukan oleh Bank Rakyat dan akan terus diedarkan kepada pihak IPT.




KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas. Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih , tertakhluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian. Pelajar hanya perlu menunjukkan KADS1M  bersama-sama kad pelajar dan kad pengenalan bagi mendapatkan diskaun.

ANTARA SYARIKAT / PIHAK YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PEMBERIAN DISKAUN SETAKAT INI :

  • Buku/ Alat Tulis - MPH Bookstore, Imlaq Book Centre, Borders, Rona, Kiang Trading, Koperasi DBP, Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad dan Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
  • Kelengkapan Sukan/ Peralatan/ Pakaian- Bata , Koperasi Keluarga Dato'Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad dan Texline Lino
  • Klinik Kesihatan / Optmentri / Cermin Mata- Poliklinik An-Nisa', Qualitas Health, Focus Point dan Menara Optometry
  • Makanan dan Minuman- KFC, Daily Fresh, A&W Coffee Berry, The Chicken Rice Shop, Restoran Kenny Crab, Sweet Chat, Legend's Claypot Briyani House, Dubu Dubu Seoul Food, My Java Coffee, Pancake House International, Station One Product , Gloria Jean's Coffees and Bangi Kopitiam
  • Penginapan- Ancasa Hotels & Resorts, Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur, Ancasa Allsuites Resorts & Spa Port Dickson, Jerejak Rainforest Resort Penang, Ancasa Express   Pudu, Tune Hotels Regional Services Sdn.Bhd, Leo Express Hotel, Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad, kopersai Guru-Guru Melayu Kedah Berhad, Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad, Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad dan Rakyat Travel Sdn.Bhd.
  • Salun/Pusat/Produk Kecantikan-  Foot Master, Paris Hill, Proactiv, Clara dan Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad
  • Produk IT- Koperasi Celcom Berhad, Koperasi DBKL Berhad dan IFamily
  • Lain-Lain- BKZ Bikers, Rollers Stars Arena, Double Site, Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad, Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad dan Mydin
  • Untuk mengetahui kadar diakaun yang diberikan oleh syarikat terlibat , sila rujuk di  sini




No comments:

Post a Comment