Tuesday 28 August 2012

PENGENALAN POLITEKNIK METRO


Politeknik METrO* merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah ( local and regional sosio-economic needs) dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang semakin meningkat , sama ada pada peringkat industri kecil dan sederhana (IKS) mahupun syarikat multi-nasional.


Politeknik METrO, Kuantan



Penubuhan Politeknik METrO adalah seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill  dan re-sklilling. Pembelajaran di Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Online Virtual and Distance  Learning (OVDL) dalam kerangka e-learning. Kebanyakkan tenaga pengajarnya adalah mereka yang mempunyai pengalaman industri.


No comments:

Post a Comment